| | Dosa seseorang itu keluar seperti ia baru di lahirkan oleh ibunya. | ||
| Dosanya diampuni begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang Mukmin. | ||
| Dipanggil oleh Malaikat dari bawah Arasy dengan seruan; Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosa kamu yang telah lalu. | ||
| Diberi pahala yang sama dengan pahala orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. | ||
| Diberi pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa. | ||
| Diberi pahala seperti pahala orang yang Tawaf di Baitullah dan segala batu-batu dan pasir turut sama memohonkan ampun baginya. | ||
| Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman. | ||
| Diberikan oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim. | ||
| Seperti pahala beribadah kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (s.a.w). | ||
| Dikurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat. | ||
| Keluar dari dunia seperti pada hari pertama ia dilahirkan dari kandungan ibunya - yakni bersih dari dosa. | ||
| Datang di hari Kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama. | ||
| Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan. | ||
| Disaksikan oleh para Malaikat, kalau dia telah melaksanakan Solat Tarawih, maka pada hari Kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala kemudaratan. | ||
| Diminta ampun oleh para Malaikat oleh Malaikat yang memikul Arasy dan Qursy. | ||
| Dibebaskan dari api Neraka dan dapat memasuki Syurga. | ||
| Diberi pahala seperti pahala para Nabi. | ||
| Diseru oleh para Malaikat, wahai Hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu. | ||
| Diangkat darjatnya ke dalam Syurga Firdaus. | ||
| Diberi pahala para Syuhada dan para Solehin. | ||
| Dibina rumahnya dari Nur di dalam Syurga. | ||
| Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan. | ||
| Dibangunkan sebuah kota untuknya di Syurga. | ||
| Diberi pahala berupakan 24 permohonan Doa yang dimakbulkan Allah. | ||
| Dihapuskan dari seksa dan azab kubur. | ||
| Pahalanya diangkat selama 40 tahun. | ||
| Sewaktu melintasi Titian Siratulmustaqim pada hari Akhirat nanti ia dapat melintasinya dengan laju bagaikan kilat menyambar. | ||
| Allah mengangkatnya dengan Seribu darjat. | ||
| Diberi pahala Seribu Haji yang Mabrur. | ||
| Dipanggil Allah, Wahai Hambaku, makanlah buah-buahan Syurga dan mandilah dengan Air Salsabil (Air Syurga yang sedap diminum) serta minumlah dari Telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu dan Engkaulah Hambaku. | ||
| sumber : sembahyang tarawih-kelebihan dan peraturannya oleh said b. che ros | |||
- iqhazzull
- Aku tetap aku punyai cita punyai rasa punyai cinta dengan cara kutersendiri 017-6943473
Cari Blog Ini
Mengenai Saya
Hari ini hari first berpuasa.biasa jer.agak penat juga sal semalam aku tak tido.k 6 pg td bru rasa ngantuk.tp tak per cuti.itupun kejap jer aku tido.tingat kat laptop aku kat kolej.hah.4 hari aku turun kl 4 hari jugalah aku tak belek aku nyer laptop.Tak sabo nak post pic2 yg aku snap masa mlm countdown merdeka tu.tp tak bleh jugar sebab pic semua ada kat Ded.maybe Det sibuk so tak dpt lah aku postkan lg pic2 tersebut.Dtg koleh mcm biasalah first mesti aku online dulu.tp tulah agak poyo ckit sebab tak bleh berasap hehehehe.tp takper cool.dalam pada tu sempat juga aku dok fikiaq nak masak berbuka nanti.sekali ingat laksa.tp mls la plak.bedal jerlah apa yg mak aku masak.tp aku cnfrm mesti mak aku buat laksa.sebab yg tu jer aku lajak mkn bila perut kosong.
Malm ni aku kuar ngan wan p watsons summit.cari ubat gigi DENTISTE.Mujur ada 100g = 16.90.kan per aku kat kolej rajin bercakap.takut nanti ader bau2 yg kurang menyenangkan.hihihihiih.dah tu sure daddy hashim nanti canang satu kolej klu ader yg kureng menyenangkan dari aku.kekadang member2 sekerja aku ok jer.sebab depa pun sama.Tp tulah aku ni payah sikit.tak berapa suker camtu2 semua.mak aku ckap aku ni payah tul.cepat pancing.tapi memang betul. aku klu ader yg bau2 busyuk tu aku cepat loya.hehehehe.
mlm ni aku ajak awie lepak nasmir.tp tp dia ada hal mls la nak ganggu.takper wan ada kuar ngan dia jer.tu pun dah ok dah.janji ader peneman kat nasmir tu.aper aku nak makan sat g erk.????sebetulnyer aku tak berapa suker sgt mkn kat nasmir just minum jer.tp rasa cam nak makan ler sat g.tgoklah nanti aper menu yg best untuk dimakan.
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan ku semula
Ramadhan yang mulia
Di Ramadhan, Ya Allah
RahmatMu ku rasa
Ku banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunanMu
Melangit tinggi
Ramadhan rahmat dari Illahi
Banyakkan beribadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh maghfirah
Moga kita menjadi hamba yang setia
Ramadhan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Illahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti

Logo Kelab Keluarga Bahagia (KKB)
Kolej MARA Kulim
Dicipta oleh : akuler hehehehe
Logo yang dihasilkan diilhamkan dari tubuh badan manusia.Mengandungi 5 warna iaitu merah ,biru, kuning, hijau, dan ungu.
Mempunyai symbol tangan yang sedang bersalam seakan bulan sabit yang sekaligus melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.
Mempunyai tiga tulisan hurus KKB iaitu singkatan dari Kelab Keluarga Bahagia.
Maksud warna
Merah - Semangat membara
Biru - Tenang
Hijau - Keagamaan
Kuning - Kecergasan
Ungu - Keikhlasan
Fadilat
RAMADAN
Rasulullah S.A.W. bersabda, bermaksud:
"Apabila tiba bulan pertama Ramadan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan:
"Wahai orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah," Dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."
"Setiap manusia akan mendapat kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur."
"Ramadan bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaannya ketika dilahirkan daripada perut ibu."
"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadan) tidak kecewa.
Harapan Ramadhan
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


