coretan kenangan iqhazzull

sesungguhnya aku tetap aku....punyai cinta punyai rasa dengan caraku sendiri

Selasa, September 02, 2008
Dicatat oleh Unknown

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadan/berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, akan diampunkan segala dosanya yg telah lalu" - AlHadith.

Sejarah Ramadan

bullet

Ramadan: ertinya panas terik

bullet

Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)

bullet

Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.

bullet

Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.

bullet

Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.

bullet

Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.

bullet

Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)

Kelebihan Bulan Ramadhan

bullet

Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)

bullet

Bulan penuh keberatan

bullet

Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar

bullet

Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu

bullet

Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya

bullet

Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

bullet

Bulan menambah rezeki

bullet

Menambahkan pahala dalam buku catatan amal

bullet

Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, - juga doa pada sepertiga malam.

bullet

10 hari pertama adalah rahmat,

bullet

10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah

bullet

10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.

Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan

bullet

Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin

bullet

Menempah pakaian untuk Ramadhan

bullet

Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan

bullet

Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam

bullet

Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)

bullet

Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)

bullet

Solat berjemaah setiap waktu

bullet

Solat jemaah di masjid/surau

bullet

Amalkan Qiyamulail walaupun pendek

bullet

Sahur diwaktu akhir

bullet

Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu

bullet

Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak

bullet

Kurangkan tidur

bullet

Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)

bullet

Tunaikan Solat Dhuha

bullet

Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)

bullet

Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)

bullet

Jaga pacaindera

bullet

Elakkan gosok gigi pd waktu petang

bullet

Hadiri majlis ilmu / tazkirah

bullet

Buat baik pada ibubapa

bullet

Isteri hendaklah taat pada suami

bullet

Banyakkan bersedekah

bullet

Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api

bullet

Berbuka bersama org tua

bullet

Jemput tetamu berbuka

bullet

Kurangkan berat badan - diet

bullet

Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)

bullet

Baiki hubungan suami isteri & keluarga

bullet

Baiki hubungan jiran

bullet

Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan

bullet

Elakkan belanja berlebihan

bullet

Kuatkan kesabaran

bullet

Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih

bullet

Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)

bullet

Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar

bullet

Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan

bullet

Elakkan mendengar radio berunsur hiburan

bullet

Berdoa dengan nada lembut dan merayu

bullet

Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari

bullet

Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia

bullet

Melazimkan solat pada awal waktu

bullet

Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar

bullet

Elakkan banyak berhutang

bullet

Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang

bullet

Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

bullet

Kepada Orang Tua yang lemah

bullet

Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,

bullet

ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar

bullet

Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang

bullet

Baca ayat akhir surah Al Baqarah

bullet

Baca ayat Kursi

bullet

Baca surah Yaasin

bullet

Baca surah Al Zalazah

bullet

Baca surah Al Qafirun

bullet

Baca surah Al Ikhlas

bullet

Bagi orang yang kuat dan cergas

bullet

Bangunkan isteri dan anak

bullet

Bersihkan badan / mandi

bullet

Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

bullet

Tarikh turunnya Al Quran

bullet

Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik

Cara Menyambut Idul Fitri
Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya
Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.

*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah.

Wallahu a'lam.


copy from http://www.geocities.com/fnd3k/ramadan.htm

Selasa, September 02, 2008
Dicatat oleh Unknown

bullet Malam.Pertama.

Dosa seseorang itu keluar seperti ia baru di lahirkan oleh ibunya.

bullet

Malam ke 2.

Dosanya diampuni begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang Mukmin.
bulletMalam ke 3.
Dipanggil oleh Malaikat dari bawah Arasy dengan seruan; Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosa kamu yang telah lalu.
bulletMalam ke 4.
Diberi pahala yang sama dengan pahala orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
bulletMalam ke 5.
Diberi pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.
bulletMalam ke 6.
Diberi pahala seperti pahala orang yang Tawaf di Baitullah dan segala batu-batu dan pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
bulletMalam ke 7.
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.
bulletMalam ke 8.
Diberikan oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.
bulletMalam ke 9.
Seperti pahala beribadah kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (s.a.w).
bulletMalam ke 10.
Dikurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat.
bulletMalam ke 11.
Keluar dari dunia seperti pada hari pertama ia dilahirkan dari kandungan ibunya - yakni bersih dari dosa.
bulletMalam ke 12.
Datang di hari Kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
bulletMalam ke 13.
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.
bulletMalam ke 14.
Disaksikan oleh para Malaikat, kalau dia telah melaksanakan Solat Tarawih, maka pada hari Kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala kemudaratan.
bulletMalam ke 15.
Diminta ampun oleh para Malaikat oleh Malaikat yang memikul Arasy dan Qursy.
bulletMalam ke 16.
Dibebaskan dari api Neraka dan dapat memasuki Syurga.
bulletMalam ke 17.
Diberi pahala seperti pahala para Nabi.
bulletMalam ke 18.
Diseru oleh para Malaikat, wahai Hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu.
bulletMalam ke 19.
Diangkat darjatnya ke dalam Syurga Firdaus.
bulletMalam ke 20.
Diberi pahala para Syuhada dan para Solehin.
bulletMalam ke 21.
Dibina rumahnya dari Nur di dalam Syurga.
bulletMalam ke 22.
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
bulletMalam ke 23.
Dibangunkan sebuah kota untuknya di Syurga.
bulletMalam ke 24.
Diberi pahala berupakan 24 permohonan Doa yang dimakbulkan Allah.
bulletMalam ke 25.
Dihapuskan dari seksa dan azab kubur.
bulletMalam ke 26.
Pahalanya diangkat selama 40 tahun.
bulletMalam ke 27.
Sewaktu melintasi Titian Siratulmustaqim pada hari Akhirat nanti ia dapat melintasinya dengan laju bagaikan kilat menyambar.
bulletMalam ke 28.
Allah mengangkatnya dengan Seribu darjat.
bulletMalam ke 29.
Diberi pahala Seribu Haji yang Mabrur.
bulletMalam ke 30.

Dipanggil Allah, Wahai Hambaku, makanlah buah-buahan Syurga dan mandilah dengan Air Salsabil (Air Syurga yang sedap diminum) serta minumlah dari Telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu dan Engkaulah Hambaku.

sumber : sembahyang tarawih-kelebihan dan peraturannya

oleh said b. che ros

Isnin, September 01, 2008
Dicatat oleh iqhazzull

Hari ini hari first berpuasa.biasa jer.agak penat juga sal semalam aku tak tido.k 6 pg td bru rasa ngantuk.tp tak per cuti.itupun kejap jer aku tido.tingat kat laptop aku kat kolej.hah.4 hari aku turun kl 4 hari jugalah aku tak belek aku nyer laptop.Tak sabo nak post pic2 yg aku snap masa mlm countdown merdeka tu.tp tak bleh jugar sebab pic semua ada kat Ded.maybe Det sibuk so tak dpt lah aku postkan lg pic2 tersebut.Dtg koleh mcm biasalah first mesti aku online dulu.tp tulah agak poyo ckit sebab tak bleh berasap hehehehe.tp takper cool.dalam pada tu sempat juga aku dok fikiaq nak masak berbuka nanti.sekali ingat laksa.tp mls la plak.bedal jerlah apa yg mak aku masak.tp aku cnfrm mesti mak aku buat laksa.sebab yg tu jer aku lajak mkn bila perut kosong.
Malm ni aku kuar ngan wan p watsons summit.cari ubat gigi
DENTISTE.Mujur ada 100g = 16.90.kan per aku kat kolej rajin bercakap.takut nanti ader bau2 yg kurang menyenangkan.hihihihiih.dah tu sure daddy hashim nanti canang satu kolej klu ader yg kureng menyenangkan dari aku.kekadang member2 sekerja aku ok jer.sebab depa pun sama.Tp tulah aku ni payah sikit.tak berapa suker camtu2 semua.mak aku ckap aku ni payah tul.cepat pancing.tapi memang betul. aku klu ader yg bau2 busyuk tu aku cepat loya.hehehehe.
mlm ni aku ajak awie lepak nasmir.tp tp dia ada hal mls la nak ganggu.takper wan ada kuar ngan dia jer.tu pun dah ok dah.janji ader peneman kat nasmir tu.aper aku nak makan sat g erk.????sebetulnyer aku tak berapa suker sgt mkn kat nasmir just minum jer.tp rasa cam nak makan ler sat g.tgoklah nanti aper menu yg best untuk dimakan.

Isnin, September 01, 2008
Dicatat oleh iqhazzull

Bertemu kembali dengan Ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan ku semula
Ramadhan yang mulia

Di Ramadhan, Ya Allah
RahmatMu ku rasa
Ku banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunanMu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Illahi
Banyakkan beribadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh maghfirah
Moga kita menjadi hamba yang setia

Ramadhan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Illahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan

Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti

Isnin, September 01, 2008
Dicatat oleh Unknown

Isnin, September 01, 2008

logo KKB

Dicatat oleh Unknown






Logo Kelab Keluarga Bahagia (KKB)
Kolej MARA Kulim
Dicipta oleh : akuler hehehehe

Logo yang dihasilkan diilhamkan dari tubuh badan manusia.Mengandungi 5 warna iaitu merah ,biru, kuning, hijau, dan ungu.

Mempunyai symbol tangan yang sedang bersalam seakan bulan sabit yang sekaligus melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.

Mempunyai tiga tulisan hurus KKB iaitu singkatan dari Kelab Keluarga Bahagia.

Maksud warna

Merah - Semangat membara

Biru - Tenang

Hijau - Keagamaan

Kuning - Kecergasan

Ungu - Keikhlasan