Besok sudah 31hb Disember.Bermakna hari terakhir dalam setiap tahun.Dan besok merupakan hari terakhir untuk tahun 2007.Bila difikirkan pantas sekali masa berlalu dan ini bermakna usia kita pun semakin meningkat lagi.Dan tiap kalinya berakhir tahun maka bila muncul sahaja tahun baru maka azam baru pun akan dibuat.Tetapi kekadang tertanya-tanya juga aku sudahkah terlaksanakan azam tahun lepas yg aku azamkan?.Satu persoalan yg senang dijawab oleh merekag telah mencapainya dan jawapan itu akan menjadi sukar dan perlu dicari punca dan masalah mengapa ia tidak tercapai.Bagiku pula dari sepuluh senarai yg aku rangka 7 darinya telah aku capai.Sedangkan 3 lagi tidak.dan kelmarin 2 hari sebelum 2007 melabuh tirainya aku telah memperoleh jawapan mengapa ia tidak berhasil..banyak faktor dan punca,namun yg paling utama adalah aras sikap diri kita sendiri.100% punca sekiranya azam kita tidak tercapai.Mungkin sukar untuk aku mecapainya dalam masa dua hari ini.Oleh itu semangat jati diri dan komitmen yg jitu perlu sekiranya kita mahukan hasil yang sempurna.Dan bagi tahun 2008 aku perlu memperoleh dahulu 3 azam yg gagal aku capai dtahun 2007 ini.sebelum aku meneruskan 7 azam lg .Apa yg pasti aku berpuashati dengan salah satu azam tahun 2007 iaitu dapat membina rumah yg lebih selesa untuk kedua ibubapaku.Dan aku tahu ianya tidak akan tercapai tanpa berkat doa dari mereka yg telah dimakbulkan olehNya
Liquid Rx Obat Penghilang Bekas Luka Dan Keloid Super Cepat
9 tahun yang lalu


0 ulasan:
Catat Ulasan