coretan kenangan iqhazzull

sesungguhnya aku tetap aku....punyai cinta punyai rasa dengan caraku sendiri

Isnin, Februari 04, 2008
Dicatat oleh iqhazzull

Lelaki Tempatan diarah Keluar dari Penerbangan

LCCT - Seorang lelaki tempatan diarah keluar dari penerbangan disini pagi ini. Lelaki itu dikatakan telah menyebut sesuatu yang menimbulkan keraguan kepada penumpang-penumpang lain.

Lelaki yang tidak dikenali itu tidak memberi sebarang reaksi apabila diarahkan keluar. Lelaki telah memberikan kerjasama kepada kakitangan yang bertugas mengarahkan dia keluar.Walau bagaimanapun pihak media dilarang untuk menemubual lelaki tersebut kerana perlu disoal siasat oleh pihak berkuasa dahulu.

Penerbangan yang dijadual kan berlepas dari sini ke Gold Coast, Australia itu bagaimanapun mengikut jadual.Penerbangan tersebut juga dikatakan tidak mengalami sebarang gangguan selepas itu.Ini merupakan kes yang pertama ini terjadi di negara kita.

Menurut jurucakap keselamatan di situ, lelaki yang didalam linkungan umur awal 30-an itu telah diarah keluar, apabila menyebut perkataan yang menimbulkan ketakutan kepada penumpang-penumpang lain. Apabila dia tanya, apakah yang telah disebut oleh lelaki tersebut, jurucakap itu berkata, "Dia telah menyebut, "MELETOPnya steward tu nyah! Taste mak.Merembessss"


Jadi berhati-hati tau. Jangan pecah lobang

0 ulasan: