coretan kenangan iqhazzull

sesungguhnya aku tetap aku....punyai cinta punyai rasa dengan caraku sendiri

Ahad, September 06, 2009

RAKAN, SAHABAT DAN KAWAN

Dicatat oleh iqhazzull

Anda semua adalah rakan saya


saya adalah sahabat anda


kerana kamu dan saya adalah kawan


maka dengan itu kamulah sebahagian dari kegembiraan ini


Kerna kamu juga sebahagian dari air mata ini


kerana kamu di sana bila saya di sana


kamu di sini bila saya di sini


kamu di sisi bila saya dambakan


kamu ..adalah RAKAN, SAHABAT DAN KAWAN

Sabtu, September 05, 2009

Decorasi buah hehehehe

Dicatat oleh iqhazzull









Rabu, September 02, 2009

Henset

Dicatat oleh iqhazzull

Ermmm nak beli ker tak ni enset baruni?.ikut hati nak.tp klu nak ikutkan wat per nak beli lain erk.tp cam best jer enset alquran tu.yg tak bestnyer lampu blinggg tepi tu wat spoil.Tp untung cikgu mariam byk yg laku dia jual.mentang2 ler leh byr 4 kali.hehehehe.

Rabu, September 02, 2009

ketupat sotong

Dicatat oleh iqhazzull





Tadi masa berborak2 ngan Kak Sal psal menu berbuka dia ada sebut nak wat ketupat sotong.tetiba jadi teringin lak nak makan.dulu aku pernah buat.tp dah lupalah camner.search punya search dapat ler resepi.sat g pas berbuka rasa nak g beli sotong arkh.kot2 der yg besar2.buat masak sambal pun best ni.padat jer pulut dalam dia tu cam telur dia.arghhh slurrrrp.opsss puasa.

Ketupat sotong

1 tin susu beras pulut
12 ekor sotong basah
1 biji kelapa
1.2 sm halia
2 ulas bawang merah
1 sudu teh halba
Sedikit gula
12 batang lidi kelapa dipotong anggaran 3.7 sm untuk penyemat

cara:

Sotong dibuang kepala dan dibersihkan. Kelapa diperah diambil santannya pekat dan cair. Beras pulut dibersihkan kemudian ditanakkan dengan santan cair sehingga masak. Setelah itu ambil sedikit dari pulut yang telah ditanak tadi kemudian isikan ke dalam perut sotong setelah itu sematkan sotong dengan lidi. Buat begini hingga habis semua sekali. Aturkan sotong yang telah diisi dengan pulut tadi di dalam periuk setelah itu tuangkan sedikit santan cair dan masukkan bersama bawang merah, halia yang telah dimayang serta halba. Masak sehingga mendidih setelah itu masukkan santan pekat, garam serta gula secukup rasa. Sementara itu kacau-kacaukan kuahnya supaya santan tidak bergentel. Bila sotong sudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Selasa, September 01, 2009

Hahahaha email from DED

Dicatat oleh iqhazzull

Surat rasmi - Cara minta kawin lagi..
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keya kin an untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kin i sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kin i. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mung kin . Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Selasa, September 01, 2009

ruang tamu

Dicatat oleh iqhazzull


Ehmm aku cadang nak tukar catlah ruang ni.tp pening arkh tak to nak tukar warna per.Mak aku x kasi tukar coz bru jer cat raya tahun lepas.tp aku rasa boring lak warna tu.

Ahad, Ogos 30, 2009

Selamat ulangtahun Kemerdekaan Malaysia

Dicatat oleh iqhazzull

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !

Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka